Peniaga didakwa sengaja cederakan amah

Chee Huat hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan amah warga Indonesia minggu lalu.
Chee Huat hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan amah warga Indonesia minggu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang perniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan amah warga Indonesia, minggu lalu.

Lee Chee Huat, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa atas tuduhan berkenaan ke atas Darsinih, 29, menggunakan batang besi penyedut habuk di sebuah unit pangsapuri di Jalan Prima 10, Metro Prima, di sini pada jam 10.30 pagi, 22 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman- hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh kerana kesalahan itu termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam, Vincent Chew merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin pada kadar rendah.

Atiqah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500, melapor diri di balai polis hampiran sekali setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November depan.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita berusia 29 tahun dilihat berada di pintu rumah selama 15 minit sambil memerhatikan pekerja sebuah syarikat logistik memindah masuk barang di rumah jirannya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa kemudian meminta pertolongan kepada pekerja terbabit bagi mendapatkan pertolongan sebelum menghubungi pihak polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!