PRK Pelangai: Kempen calon BN sudah liputi 55 peratus pengundi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BENTONG - Kempen calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam telah meliputi kira-kira 55 peratus pengundi di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau akan mempertingkatkan usaha untuk menyantuni semua pengundi khususnya golongan muda, berbaki seminggu lagi tempoh kempen.

"Kita ada beberapa lagi segmen masyarakat (yang perlu disantuni).

Maksudnya masih ada lagi kawasan yang saya belum masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat

Menurutnya, penerimaan masyarakat terhadap beliau amat positif memandangkan kawasan itu secara tradisi adalah kubu kuat BN.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat berkata, sokongan masyarakat terhadap PN lebih baik berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

"Penerimaaan setakat ini semua okey.

Masyarakat Cina, India dan Orang Asli pun mula menerima kedatangan kami," katanya yang pernah bertanding di kerusi DUN itu pada PRU15.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor, bulan lepas.

Pada PRU15, Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim (PN), Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Pejuang Isa Ahmad. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!