KUFC mahu berjuang kutip tiga mata penuh di laman sendiri

Ailton - Foto KUFC
Ailton - Foto KUFC
A
A
A

KELANTAN United Football Club (KUFC) memasang impian untuk membenam Penang FC dalam aksi Liga Super yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Ahad ini.

Pengendali KUFC, Ailton Dos Santos Silva berkata, beliau menyedari Penang FC adalah lawan berbahaya kerana memiliki barisan pemain yang bagus namun pihaknya akan berjuang untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Katanya, itu azam beliau dan barisan pemain KUFC apabila menanti kunjungan kelab dari utara tersebut.

“Kami menganalisis lawan dan melihat kedudukan mereka yang negatif tetapi kami menyedari Penang FC tetap sebuah pasukan bagus serta berbahaya.

"Setiap perlawanan ada cerita tersendiri, untuk mendapatkan tiga mata yang ditawarkan, kami akan berjuang untuk itu,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Menurut Ailton, biarpun menyedari Penang FC turut tidak berada pada keadaan terbaik setelah mengalami nasib sama seperti pasukannya beliau tetapi tidak pernah memandang enteng kekuatan lawan.

Dalam perkembangan sama, Ailton mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi Penang FC dalam usaha merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut.

“Kemenangan sebelum ini amat penting kerana memberi pemain kami lebih keyakinan untuk perlawanan dengan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Kami bermain di tempat sendiri dan saya ada perancangan tersendiri bagi memastikan pemain dapat mengawal permainan supaya boleh mencipta peluang untuk penamat gol seterusnya tidak membuka ruang lawan untuk cuba mengutip mata,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!