Mat Sabu saran beli beras ikut keperluan keluarga
BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2023
Beli beras hanya ikut keperluan keluarga pada kadar dua kampit sebulan, saran Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Beliau berkata, rakyat tidak perlu terikut-ikut membuat pembelian panik dalam jumlah yang besar kerana langkah itu boleh merencatkan usaha kerajaan mengawal keperluan bahan berkenaan di pasaran.
Menurutnya, komitmen kerajaan ketika ini untuk memastikan rakyat mendapat bekalan beras mencukupi terutama menerusi inisiatif Jualan Rahmah Beras di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
Artikel: https://bitly.ws/VZoe
Muzik: www.bensound.com
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini