# CLIENT : SIARAN 1 OKTOBER 2023 (AHAD) Malaysia tuan rumah AMAF ke-45
Fokus kemampanan sektor pertanian, perhutanan
A
A
A
Bertemakan “Growing Together: Advancing Asean Agriculture And Forestry For Sustainable Development", AMAF merupakan platform bagi negara anggota ASEAN membincang serta mengetengahkan isu-isu berkaitan pertanian dan perhutanan di rantau ini.
AMAF ke-45 atau AMAF 2023 akan memberikan fokus kepada terhadap kemampanan sektor pertanian dan perhutanan yang mana kedua-dua sektor itu penting bagi membolehkan negara-negara anggota mencapai matlamat ASEAN sebagai pasaran serta pusat pengeluar tunggal produk makanan, pertanian dan perhutanan yang berdaya saing serta mampan.
Pada masa sama, tumpuan turut diberikan terhadap peranan serta kedudukan ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’ di samping memelihara keterjaminan makanan di rantau ini selaras pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN yang dibangunkan pada tahun 2015.
Negara anggota ASEAN yang akan menyertai AMAF ke-45 ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sementara itu, Timor-Leste turut serta sebagai negara pemerhati termasuk penyertaan Negara ASEAN Campur Tiga iaitu China, Jepun dan Korea Selatan.
Pada masa sama, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat menjadikan sektor pertanian, perhutanan serta agromakanan negara lebih mampan, berdaya tahan yang berpandukan kepada tekonlogi moden bagi mencapai pertumbuhan ekonomi sekali gus memastikan keterjaminan makanan rakyat di Malaysia dan rantau ASEAN.
AMAF 2023 merupakan mesyuarat kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah selepas AMAF ke-25 diadakan pada tahun 2003 diikuti AMAF ke-35 pada tahun 2013.
Kerjasama
Selaras dengan keutamaan kerjasama badan sektoral AMAF dan mesyuarat lain yang diadakan, perbincangan turut memfokuskan kepada peningkatan kuantiti dan kualiti pengeluaran yang mampan berasaskan teknologi hijau.
Selain itu,usaha untuk meningkatkan fasilitasi perdagangan dalam sektor pertanian dan perhutanan turut diberikan perhatian dalam AMAF 2023. Fasilitasi perdangangan dalam dua sektor itu meliputi sanitasi dan fitosanitari, integrasi ekonomi dan akses pasaran, daya tahan terhadap perubahan iklim termasuklah bencana alam dan krisis bagi memastikan keterjaminan makanan di rantau ini.
Justeru, mesyuarat AMAF 2023 akan mempertimbang serta mengesahkan laporan-laporan kumpulan kerja sektoral yang telah dibincangkan dan dipersetujui di peringkat Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) AMAF.
Selain itu, antara perkara yang akan dilaporkan dalam AMAF 2023 meliputi keputusan Mesyuarat-Mesyuarat Peringkat Tertinggi dan hasil Sidang Kemuncak ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN serta kemajuan pelaksanaan Rangka Kerja yang berkaitan dengan Kerjasama ASEAN dalam makanan dan pertanian.
Pada masa sama, saranan dan laporan Pengerusi SOM AMAF turut dibentangkan dalam mesyuarat AMAF 2023 dengan keutamaan pencapaian ekonomi (PED) yang akan pengerusikan Laos pada tahun 2024.
Alam sekitar, perubahan iklim dan jaminan makanan
Sementara itu, AMAF 2023 bakal membentangkan cadangan daripada mesyuarat di antara AMAF dengan Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN yang akan memperincikan isu-isu alam sekitar dan perubahan iklim dunia.
Malah, perbincangan mengenai kemajuan Simpanan Beras Kecemasan ASEAN Campur Tiga (APTERR) dan Sistem Maklumat Jaminan Makanan ASEAN (AFSIS) turut diadakan bagi memastikan jaminan bekalan makanan di rantau ini dapat distabilkan serta memenuhi matlamat yang telah digariskan.
Selain itu, kemajuan pelaksanaan kerjasama berkaitan perubahan iklim ASEAN Multi-Sectoral Framework on Climate Change: Agriculture and Forestry Towards Food Security (AFCC) akan dibentangkan bersama rakan-rakan dialog dan negara-negara maju bagi menangani isu perubahan iklim dunia.
Laporan yang dibentangkan kepada mesyuarat AMAF 2023 bertujuan untuk mendapatkan mandat bagi perkara dasar serta komitmen kerjasama daripada negara anggota ASEAN di peringkat Menteri-Menteri AMAF.
Komitmen itu turut melibatkan perkembangan perlaksanaan aktiviti serta program di bawah rangka kerja sektoral AMAF selain keberkesanan dari segi pelaksanaannya.
Habis.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Infografik:
TEMA AMAF :
“ Growing Together: Advancing ASEAN Agriculture and Forestry for Sustainable
Development”
TUJUAN AMAF ke-45 (AMAF 2023)
• Memberi penekanan kepada inisiatif sedia ada dan inisiatif baharu untuk diterokai dalam sektor pertanian dan perhutanan seperti yang digariskan dalam rangka tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN;
• Memfokuskan peningkatan kuantiti dan kualiti pengeluaran yang mampan berasaskan teknologi hijau, meningkatkan fasilitasi perdagangan bagi sektor pertanian dan perhutanan;
• Membincangkan kemajuan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kerjasama ASEAN di dalam
bidang makanan, pertanian dan perhutanan;
• Membincangkan deklarasi Pemimpin ASEAN bagi mengukuhkan Keterjaminan Makanan dan Nutrisi Semasa Krisis (ASEAN Leaders Declaration on Strengthening Food Security and Nutrition in Times of Crisis); dan
• Mempertingkatkan kerjasama ASEAN dengan negara Campur Tiga iaitu China, Jepun dan Korea Selatan dalam bidang pertanian dan Perhutanan.
BIL NEGARA
1 BRUNEI
2 CAMBODIA
3 INDONESIA
4 LAO PDR
5 MALAYSIA
6 MYANMAR
8 FILIPINA
9 SINGAPURA
10 THAILAND
11 VIETNAM
12 CHINA
13 JAPAN
14 KOREA
15 TIMOR-LESTE
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!