TH sambut baik pemindahan semula asetnya

TH akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan pengambilan semula asetnya.
TH akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan pengambilan semula asetnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan pengambilan semula asetnya yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Menurut TH dalam kenyataan pada Jumaat, pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pemindahan semula aset-aset TH yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan pada 2018.

"TH sentiasa terbuka kepada semua peluang pelaburan yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi dan juga pendeposit khususnya.

"Usaha ini juga akan dikaji secara terperinci dan akan melalui proses dan tatakelola sedia ada. TH akan membuat pengumuman seterusnya berkenaan perkara ini pada masa yang sesuai,” menurut institusi pengurusan haji negara.

Urusharta Jamaah ialah sebuah syarikat tujuan khas (SPV) dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan memulakan perbincangan bagi menyerahkan semula sebahagian aset TH setelah meneliti laporan awal serta melihat TH kembali diurus dengan baik, peningkatan keyakinan pendeposit serta pengurusan cekap dan berintegriti oleh kepimpinan baharu TH. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!