Wanita hilang ditemui rentung dalam kebakaran

Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu, tiga buah rumah dan dua tempat pemunggahan ikan terbakar.
Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu, tiga buah rumah dan dua tempat pemunggahan ikan terbakar.
A
A
A

KLANG - Misteri kehilangan seorang wanita terungkai apabila mayatnya ditemui rentung dalam kebakaran di Bagan Teo Chew, Pulau Ketam pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa berumur 49 tahun itu dilaporkan berada dalam salah sebuah rumah ketika kebakaran pada jam 12.45 tengah hari itu.

"Pencarian mangsa kemudian diteruskan selepas kerja memadamkan kebakaran dijalankan.

"Mayat mangsa ditemui terdampar di tiang salah sebuah rumah yang terbakar pada jam 10.25 malam sebaik sahaja paras air surut di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu, tiga buah rumah dan dua tempat pemunggahan ikan terbakar.

Kebakaran turut melibatkan tiga bot nelayan yang ditambat di hadapan rumah yang terbakar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!