LZS lantik 1,878 ketua, penolong amil kariah

Mohd Tamyes (tiga dari kanan) menyampaikan sijil lantikan PAK pada Bengkel Induksi Gerak Kerja PAK pada Jumaat.
Mohd Tamyes (tiga dari kanan) menyampaikan sijil lantikan PAK pada Bengkel Induksi Gerak Kerja PAK pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik 1,878 ketua dan penolong amil kariah (PAK) di seluruh Selangor bagi sesi 2023-2025.

LZS berkata, mereka yang dilantik berperanan sebagai pemudah cara antara LZS dengan masyarakat khususnya asnaf LZS.

Menurutnya, simbolik pelantikan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi Bengkel Induksi Gerak Kerja Penolong Amil Kariah pada Jumaat.

"Bengkel induksi yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri 108 PAK daerah Petaling melibatkan 76 buah masjid kariah.

"Dalam bengkel tersebut, mereka diberi pendedahan dan pemahaman berkaitan peranan PAK membantu LZS terutama bagi menjalankan aktiviti siasatan, bancian serta semakan permohonan bagi asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin," menurut perkongsian di Facebook LZS.

Mohd Tamyes (duduk, tengah) pada Bengkel Induksi Gerak Kerja PAK pada jumaat.
Mohd Tamyes (duduk, tengah) pada Bengkel Induksi Gerak Kerja PAK pada jumaat.

LZS berkata, peserta turut diberi penerangan dan kaedah pengiraan terkini had kifayah yang diguna pakai bermula Julai tahun ini.

Tambahnya, PAK yang hadir turut diberi taklimat dan latihan berkaitan gerak kerja menggunakan Sistem Portal PAK.

Artikel Berkaitan:

"Melalui bengkel yang dilaksanakan, LZS dapat membangun sistem pengurusan PAK yang lebih efisien dan gerak kerja lebih sistematik bagi menyantuni asnaf di seluruh Selangor.

"Sebanyak 10 siri bengkel induksi ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 10 Jun dan dijangka berakhir pada 24 September 2023," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!