Kematian berkaitan haba di Korea Selatan meningkat empat kali ganda

Orang ramai berjalan melintasi jalan di bandar tenggara Daegu. Foto Yonhap News
Orang ramai berjalan melintasi jalan di bandar tenggara Daegu. Foto Yonhap News
A
A
A

SEOUL - Jumlah kematian berkaitan haba di Korea Selatan meningkat hampir empat kali ganda pada tahun 2023 berikutan gelombang haba luar biasa melanda negara itu, menurut agensi kawalan penyakit pada Sabtu.

Seramai 32 orang dilaporkan meninggal dunia setakat Jumaat, berbanding sembilan pada tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.

Angka tahun ini adalah yang terbesar sejak 2018, dengan 48 kematian berkaitan haba.

Korea Selatan mula mengumpul data berkaitan pada 2011.

Negara itu dicengkam cuaca terik pada musim panas ini, dengan purata suhu dari Jun hingga Ogos mencapai 24.7 Celsius, tahap keempat tertinggi pernah dialami, menurut agensi cuaca.

Mereka yang berumur 65 tahun ke atas menyumbang 29.5 peratus daripada semua pesakit yang mengalami penyakit berkaitan haba tahun ini, diikuti mereka yang berumur 50-an dengan 21.3 peratus, menurut data berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan mengurus sistem pemantauan penyakit berkaitan haba yang dipertingkatkan sejak 20 Mei dan berakhir pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!