Pengarang Berita Kanan BH, Salina Abdullah meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH), Salina Abdullah meninggal dunia selepas beberapa tahun bertarung nyawa akibat penyakit kanser servik pangkal rahim dan jangkitan selepas pembedahan.
Allahyarham yang berusia 53 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya, Selangor, sekitar pukul 8.20 pagi tadi.
Anak Allahyarham, Nurul Liana Irfan Ramli berkata, jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Al-Mukminun USJ2 dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya selepas Zuhur.
Salina meninggalkan dua anak perempuan, Nurul Liana dan Nurul Hana Irfan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!