[VIDEO] BN parti 'underdog' jika berlaku PRK Kemaman - Ahmad Zahid
"Walaupun kita dalam keadaan 'underdog', kita yakin pengundi dapat buat pilihan tepat dan kembali menyokong BN," katanya.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/281693/berita/politik/bn-parti-underdog-jika-berlaku-prk-kemaman---ahmad-zahid
Muzik: www.bensound.com
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini" />
BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mengakui parti itu berada dalam kedudukan 'underdog' untuk merampas kerusi Kemaman daripada Pas sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).
Bagaimanapun beliau optimis BN mampu merampas kerusi tersebut jika bekerja keras.
"Kita tahu bahawa calon kita mendapat 37,000 undi dan calon sana dapat 65,000 undi, ia satu majoriti agak besar.
"Walaupun kita dalam keadaan 'underdog', kita yakin pengundi dapat buat pilihan tepat dan kembali menyokong BN.
"Dalam politik, semua kemungkinan akan berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Kerjaya Myfuture Jobs Bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (Hawa) Malaysia, di Felda Chemomoi, di sini pada Sabtu.
Ditanya sama ada BN akan mengekalkan calonnya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said jika berlaku PRK Parlimen itu, Ahmad Zahid berkata, perkara itu belum dibincangkan.
"Kita akan buat keputusan apabila penelitian dilakukan terhadap calon yang akan diketengahkan nanti," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Pada 3 Januari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, pihaknya memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.
Menurut Ahmad selaku calon BN Kemaman, petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana didakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!