Masak murtabak megi atas kereta Kancil
BATANG KALI - Kreativiti seorang peniaga memasak murtabak megi di belakang kereta Kancil 660cc yang diubah suai menarik perhatian pengunjung Bazar Ramadan JRD di sini.
Bekas pemandu lori, Yahya Che'an, 65, berkata, dia berniaga murtabak itu secara sambilan sejak 30 tahun lalu dan sepenuh masa bermula pada 2012 bagi membesarkan enam anak.
Menurutnya, terdahulu dia dan isteri, Noraini Abdullah, 60, menggunakan meja lipat dan gerai bergerak berdekatan sebuah stesen minyak di Batang Kali.
"Saya beli kereta Kancil ini dari seorang rakan dan ubah suai untuk permudahkan kerja sebab tak perlu buka meja atau gerai.
"Dulu waktu muda pernah usahakan bengkel sekejap maka masih ada peralatan untuk memotong bahagian belakang kereta dan dijadikan tempat memasak.
"Semua ubah suai saya buat sendiri dan baharu dua tahun guna kereta ini untuk berniaga yang memang menjimatkan tenaga serta masa," katanya kepada Sinar Harian.
Yahya berkata, tangki minyak di kedudukan asal diubah suai ke bahagian tempat duduk hadapan dengan menggunakan tong minyak berkapasiti dua liter.
Menurutnya lagi, dapur masakan dilapik talam berisi air di atas permukaan papan sebagai ruang meletakkan barang niaga.
"Kancil ini bukan untuk kegunaan harian tapi untuk berniaga sahaja dan jarak bazar Ramadan dengan rumah dalam satu kilometer.
"Hari biasa saya berniaga dekat stesen minyak Petronas, tak jauh dari rumah, jadi cukuplah dengan dua liter minyak," katanya.
Yahya berkata, murtabak megi dijual pada harga RM3 manakala hari biasa berharga RM1 dengan saiz lebih kecil sesuai untuk pelajar sekolah.
#huluselangor #batangkali Kreativiti seorang peniaga memasak murtabak megi di belakang kereta Kancil 660cc yang diubah suai menarik perhatian pengunjung Bazar Ramadan JRD Batang Kali di sini. [Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/28171/EDISI/Selangor-KL/Masak-murtabak-megi-atas-kereta-Kancil] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Thursday, May 16, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!