Veteran Nazi, keluarga bersembunyi selepas skandal di Parlimen Kanada
MOSCOW - Veteran Nazi Ukraine, Yaroslav Hunka dan keluarganya kini bersembunyi berikutan skandal di Parlimen Kanada, Sputnik memetik laporan saluran televisyen CBC.
Pada 22 September, Hunka, bekas sukarelawan berusia 98 tahun di Divisyen Grenadier SS Waffen ke-14, sebuah unit tentera Nazi yang diisytiharkan sebagai organisasi jenayah semasa perbicaraan Nuremberg pada tahun 1946, dijemput ke Parlimen Kanada oleh Speaker Anthony Rota dan dipuji sebagai 'wira' yang berjuang menentang Rusia dalam Perang Dunia II.
Rota kemudiannya meletak jawatan berikutan pendedahan peranan jenayah Hunka dalam SS.
"Takut untuk menunjukkan muka," kata Barb Bonenfant, rakan keluarga Hunkas.
Menurutnya dia tidak menyedari bahawa Hunka ialah anggota SS. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!