Tikam isteri: Bekas tentera direman tujuh hari

Suspek berusia 38 tahun tiba di mahkamah berkenaan jam 8.30 pagi bagi permohonan reman.
Suspek berusia 38 tahun tiba di mahkamah berkenaan jam 8.30 pagi bagi permohonan reman.
A
A
A

KANGAR - Seorang bekas anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tikam isterinya dengan sebilah pisau di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.

Majistret, Siti Norhasliza Md Ali mengeluarkan perintah reman bermula Ahad hingga 7 Oktober ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kangar, dekat sini.

Sebelum itu, suspek berusia 38 tahun tiba di mahkamah berkenaan jam 8.30 pagi bagi permohonan reman.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, reman tersebut membantu polis bagi menyelesaikan siasatan dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 6 pagi Sabtu.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang suami menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam maut isterinya dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu pada pagi Sabtu.

Isteri suspek berusia 31 tahun tersebut yang merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.

Suspek mengesyaki isterinya itu telah berlaku curang dan dipercayai bergaduh dengan mangsa di ruang tamu rumah mereka semasa mangsa mahu keluar bekerja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!