SSTMI, MCKK tepati ramalan layak ke suku akhir

Antara aksi menarik Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s di padang MCKK pada Sabtu.
Antara aksi menarik Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s di padang MCKK pada Sabtu.
A
A
A

JUARA empat kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) menepati ramalan apabila melangkah bergaya ke suku akhir Cup Plate Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Primer 7s di padang MCKK.

Tujuh pasukan lain yang layak berdasarkan ranking adalah tuan rumah, MCKK, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS), Maktab Sultan Abu Bakar (EC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM).

Bagi saingan suku akhir Cup Plate pada Ahad, THOR yang menduduki ranking pertama kejohanan akan berdepan SHOAW, SSMP bertemu SSTMI, ARAS menentang SMKTM manakala tuah rumah MCKK pula melawan EC.

SSTMI yang memburu gelaran kelima selepas muncul juara pada 2011, 2012, 2016 dan 2017 memenangi semua perlawanan untuk mengungguli Kumpulan B dengan mengutip sembilan mata walaupun menduduki ranking kelima keseluruhan.

MCKK mara selaku juara Kumpulan C selepas mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Abi (SMK ABI) 19-12, Sekolah Menengah Agama Darunajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia 43-5 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 48-0.

ARAS dan SSMP yang turut memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan mengungguli saingan Kumpulan A dan E.

EC yang juga juara 2020 pula menjuarai Kumpulan F selepas mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) 34-0, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-5 dan SMKTM 19-17.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!