Poster Mat Sabu dakwa makan nasi banyak punca gemuk palsu
SHAH ALAM - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan poster tular yang memetik Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkaitan pembelian beras serta kegemukan adalah satu fitnah dan tidak betul.
Sehubungan itu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak SKMM telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya.
"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, poster yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad.
"Beli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak, boleh menggemukkan badan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!