Anwar ulangi pendirian SPRM perlu bebas pengaruh eksekutif

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada sebarang pengaruh eksekutif.

Penegasan itu dibuat Ahli Parlimen Tambun berkenaan sempena Ulang Tahun SPRM ke-56 pada Ahad.

"Sekalung tahniah buat SPRM bersempena ulangtahun yang ke-56. Atas kesempatan ini, saya kekal tegas bahawa badan ini (SPRM) mesti bebas dari pengaruh eksekutif.

"Ia mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguh usaha mencegah gejala rasuah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Ujarnya, pembangunan negara dan sistem yang diimpikan tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha untuk menolak sekerasnya amalan rasuah di semua peringat.

Justeru, beliau yakin dengan kemampuan SPRM untuk mencapai matlamat itu demi rakyat dan bangsa.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi wawancara yang diterbitkan pada sempena ulang tahun agensi tersebut berkata, pihaknya akan memfokus kepada usaha membantu meningkatkan semula ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan dan mengembalikan kekayaan negara.

Beliau berkata, sesuai dengan peredaran semasa, SPRM melaksanakan kaedah terkini dan profesional bukan sahaja bagi membanteras jenayah rasuah, malah untuk mengatasi ketirisan bagi mendapatkan kembali aset dan dana kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, SPRM telah membentuk satu kaedah penyiasatan kes berprofil tinggi melibatkan individu berjawatan atau berkedudukan tinggi dengan menggunakan kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!