Pasangan kembar seiras anggap rezeki lanjut pelajaran di UPM

Khairun Najiha (kiri) dan Khairun Najiyya menyambung pelajaran di UPM kampus Serdang pada Sabtu.
Khairun Najiha (kiri) dan Khairun Najiyya menyambung pelajaran di UPM kampus Serdang pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua pasangan seiras teruja apabila berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang pada Sabtu.

Khairun Najiha Abd Razak, 21, berkata, dia dan kakaknya, Khairun Najiyya Abd Razak, 21, tidak merancang untuk menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda bersama namun mereka menganggap ia sebagai satu rezeki.

Menurutnya, mereka tidak pernah berpisah sejak sekolah rendah sehingga tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kini akan memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di institusi berkenaan bersama-sama.

“Ingatkan lepas habis STPM kami hendak bawa haluan yang berbeza dan ketika mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti, kami tidak mengisinya bersama-sama,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

“Masing-masing tidak sangka dapat pergi temuduga dalam pengajian yang sama di universiti sama. Semoga kami dapat menyumbang sesuatu dan memberi kebaikan kepada masyarakat,” ujarnya.

Tinagaren (kiri) dan Tivakaren.
Tinagaren (kiri) dan Tivakaren.

Sementara itu, sepasang lagi kembar seiras G Tinagaren dan abangnya, Tivakaren meluahkan rasa teruja apabila dapat menyambung pengajian bersama dalam Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian.

“Kami memang ada minat dan cita-cita yang sama sejak kecil untuk menjadi seorang Pereka Bentuk Dalaman.

Artikel Berkaitan:

“Apabila dapat ke UPM bersama dalam kursus yang sama sememangnya kami sangat gembira dan lebih memudahkan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!