Alunan selawat nabi bergema di Masjid Jamek Sungai Puyu

Kesemua yang hadir mengalunkan selawat nabi bersempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang pada Ahad.
Kesemua yang hadir mengalunkan selawat nabi bersempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang pada Ahad.
A
A
A

BUTTERWORTH - Alunan selawat nabi bergema di Masjid Jamek Sungai Puyu, di sini bersempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang pada Ahad.

Program yang julung kali dianjurkan itu berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta Rumah Ngaji dari seluruh negeri ini bagi mengimarahkan lagi sambutan yang diadakan bermula jam 8 pagi.

Persembahan nasyid dan selawat dari Rumah Ngaji Permatang Binjai membuka tirai acara dan disusuli dengan perarakan masuk jambangan bunga telur oleh setiap Rumah Ngaji.

Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang, Taufek Abd Rahman berkata, pelbagai pengisian aktiviti diadakan sempena sambutan itu yang turut melibatkan anak-anak kariah Masjid Jamek Sungai Puyu.

Perarakan jambangan bunga telur antara aktiviti yang memeriahkan lagi sambutan.
Perarakan jambangan bunga telur antara aktiviti yang memeriahkan lagi sambutan.

Menurutnya, selain berselawat para hadirin juga bersama-sama membaca surah Yasin yang dipimpin oleh Qari, Sheikh Omar Ali Al Hafiz dan taddabur dikendalikan oleh Kapten Sharul Nizan Husin.

"Jika sebelum ini Rumah Ngaji hanya menganjurkan #QuranHours namun kali ini kita sedikit berbeza dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul bagi mengenang Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

"Jadi marilah kita sentiasa mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi ikon sepanjang hayat buat umat manusia dengan memperbanyakkan selawat moga kita mendapat syafaat daripada Baginda," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Persembahan nasyid oleh Rumah Ngaji Permatang Binjai
Persembahan nasyid oleh Rumah Ngaji Permatang Binjai

Hadir sama, Pengerusi Masjid Jamek Sungai Puyu, Abdul Malik Ibrahim.

Mengulas mengenai perkembangan Rumah Ngaji Pulau Pinang, Taufek berkata, sejak ditubuhkan pada 2019 kini sebanyak 72 Rumah Ngaji telah dibuka di seluruh Pulau Pinang.

Selain mempelajari tajwid dan mendalami maksud ayat-ayat suci al-Quran, Taufek berkata, Rumah Ngaji Pulau Pinang kini dalam proses melahirkan lebih ramai lagi tenaga pengajar bertauliah oleh jabatan agama Islam negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!