‘Bangunlah Wan Fayhsal’ - Akmal Saleh
SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyelar kenyataan Ketua Angkatan Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerjasama munafik.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk bercakap perkara yang baik dan menjaga hubungan sesama manusia selain tidak menyebarkan kebencian serta memecahbelahkan umat.
“Jadi, siapa yang munafik? Mungkin sebab banyak tidur dalam Parlimen, bangunlah Mat oi! (Wan Ahmad Fayhsal).
“Munafik ini adalah orang yang berpura-pura mengikuti ajaran agama Islam, namun sebenarnya tidak mengakui dalam hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Machang itu secara sinis menyifatkan kerjasama PH-BN kini merupakan perancangan munafik dan hipokrit.
Tambahnya, ia kerana hubungan baik yang terjalin antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!