Kem terjun tambah lagi kilauan pingat kontinjen negara
KONTINJEN negara meneruskan pemburuan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila menambah lagi kilauan gangsa pada Ahad.
Kem terjun negara tampil agresif apabila menghadirkan pingat gangsa menerusi gandingan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold.
Pada acara akhir 10 meter (m) platform seirama lelaki di Arena Sukan Akuatik Hangzhou, Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney mengumpul mengumpul keseluruhan 386.07 mata.
Tuan rumah China mengekalkan penguasaan apabila meraih pingat emas kali ini sambil diberikan saingan sengit Korea Selatan.
Gandingan padu luar biasa Yan Hao-Lian Junjie membutirkan emas untuk negara tembok besar China tersebut selepas mengutip 492.63 mata
Sementara itu, gandingan Yi Jaegyeong-Kim Yeongnam dari Korea Selatan menghasilkan kocakan pingat perak selepas mengumpul 387.78 mata.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!