Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut

Pemandangan luar dewan tempat kebakaran berlaku semasa majlis perkahwinan di bandar Hamdaniya, utara Iraq, 27 September lalu. - Foto EPA
Pemandangan luar dewan tempat kebakaran berlaku semasa majlis perkahwinan di bandar Hamdaniya, utara Iraq, 27 September lalu. - Foto EPA
A
A
A

BAGHDAD - Pasangan pengantin pada majlis perkahwinan yang berakhir dengan tragedi kebakaran di daerah Hamdaniya, Iraq, Revan mengakui sudah tidak mampu lagi tinggal di kampung itu akibat trauma yang amat mendalam.

Memetik portal News.Sky.com, Revan dan isterinya, isterinya, Haneen yang sempat menyelamatkan diri menerusi pintu dapur mengakui jiwa mereka sudah mati selepas berdepan dengan kejadian ngeri itu.

"Kami tidak boleh tinggal di sini lagi. Maksud saya, setiap kali kita cuba untuk mendapatkan kebahagiaan, sesuatu yang tragis berlaku dan memusnahkan kebahagiaan itu. Jadi, lebih baik kami pergi.

"Kami memang ada di hadapan kamu, tetapi sebenarnya (jiwa) kami sudah mati," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu, kebakaran tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 113 orang dan 150 yang lain cedera.

Revan kehilangan 15 ahli keluarganya dalam kebakaran itu manakala isterinya hilang kata-kata selepas pemergian 10 saudaranya, termasuk ibu dan abangnya.

Bapanya juga dalam keadaan kritikal manakala sekurang-kurangnya 150 yang lain turut cedera.

Artikel Berkaitan:

Keadaan dewan selepas insiden kebakaran yang meragut nyawa kira-kira 100 orang manakala 150 lagi cedera. - Foto EPA
Keadaan dewan selepas insiden kebakaran yang meragut nyawa kira-kira 100 orang manakala 150 lagi cedera. - Foto EPA

"Orang kesayangan kami, rakan-rakan, saudara mara semuanya meninggal dunia... dua hari lalu kami mengebumikan bapa saudara isteri dan dua anaknya.

"Semalam, kami kebumikan seorang lagi bapa saudaranya, hari ini kami kebumikan ibunya, ayah mentua saya kritikal dan saya tidak tahu bagaimana keadaannya.

"Mak cik saya meninggal, adiknya terbakar, kakak saya dan suaminya pun juga terbakar, bapa saudara saya hilang tujuh ahli keluarga, dan banyak lagi... Setiap hari saya terima banyak berita sedih," kata Revan.

Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.

Walaupun laporan awal mencadangkan bunga api dinyalakan ketika sesi tarian perlahan, pasangan itu dipersalahkan dan Revan percaya kebakaran itu bermula di siling dewan majlis mereka.

"Mungkin litar pintas, saya tidak tahu. Tetapi api bermula di siling. Kami merasai bahangnya... Apabila saya mendengar bunyi saya melihat ke siling.

"Kemudian, siling yang semuanya nilon mula cair dalam beberapa saat," katanya.

Rakaman video yang tular menunjukkan kekecohan pada malam berkenaan, ketika pasangan itu sedang asyik menari sebelum dikejutkan dengan serpihan bahan terbakar yang jatuh dari bumbung dan menimpa tetamu yang hadir. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!