Misi hidup mati Scotland

Graham menjaringkan try ketika berdepan Romania. FOTO: AFP
Graham menjaringkan try ketika berdepan Romania. FOTO: AFP
A
A
A

PEMAIN sayap Scotland, Darcy Graham tampil menyerlah dengan empat try ketika menewaskan Romania 84-0 dalam saingan Piala Dunia Ragbi pada Ahad tetapi sedar cabaran lebih besar menanti ketika menentang Ireland hujung minggu depan.

Mereka perlu menewaskan pasukan nombor satu dunia itu di Paris, Sabtu depan untuk mengekalkan peluang mara ke suku akhir.

Kemenangan mata bonus ke atas pendahulu Kumpulan B, Ireland dengan jurang lapan mata atau lebih, akan menjamin penampilan pertama peringkat kalah mati Piala Dunia Scotland dalam tempoh lapan tahun.

"Misi hidup atau mati sekarang. Ia bagaikan perlawanan akhir Piala Dunia untuk kedua-dua pasukan. Pemenang akan menang segala-galanya.

"Bagi kami ia adalah mengenai memperbaiki minggu kami dan meneruskan minggu yang luar biasa, ia adalah masa yang sangat menarik," katanya.

Rekod Scotland menentang Ireland tidak begitu baik dan kali terakhir menang pada 2017.

Ireland merupakan pasukan pilihan untuk menjulang trofi Webb Ellis akhir bulan ini kerana tidak tewas dalam 16 perlawanan dan kemenangan terbaharu mereka adalah ke atas penyandang juara Afrika Selatan minggu lalu.

"Sudah lama kami tidak menewaskan Ireland. Mereka adalah pasukan yang sangat sukar. Mereka kelihatan hebat menentang Afrika Selatan.

Artikel Berkaitan:

"Ia mungkin cara yang kami suka terutama apabila kami adalah pasukan yang tidak diberikan harapan dan tiada tekanan," kata penyerang Scotland, Hamish Watson.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!