Polis masih teruskan siasatan kes gaduh DIBW 2023

Laporan Sinar Harian, baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian, baru-baru ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan meneruskan siasatan berhubung insiden pergaduhan di Desaru International Bike Week 2023, 24 September lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, polis sedang mengemaskini kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

"Tak tutup, mana ada tutup (siasatan). Dia buat salah, kita siasatlah dan kalau ada bukti kita akan ambil tindakan dan akan tuduh di mahkamah.

"Kita juga akan bawa kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan arahan," katanya kepada pemberita.

Kamarul Zaman berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Johor di Dewan Auditorium IPK, pada Isnin.

Tambah Kamarul Zaman, sebelum ini beberapa tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan lagi yang dibuat setakat ini.

"Cukup dulu (tangkapan). Kalau perlu, kita akan buat tangkapan lagi, lagi pun siasatan masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!