Dua lelaki ditahan kes samun, bunuh warga emas

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

BALING - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan bunuh seorang lelaki warga emas di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kedua-duanya berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Ketil untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, penahanan suspek dibuat sekitar jam 3 pagi Isnin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian warga emas berkenaan.

"Perintah reman ke atas suspek yang dimohon di Mahkamah Sik dibenarkan selama enam hari bermula Isnin sehingga 7 Oktober ini," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 71 tahun ditemukan maut dengan kesan jerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di rumahnya dekat Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Lelaki terbabit dikatakan tinggal seorang diri selepas kematian isteri, lapan tahun lalu.

Hasil siasatan dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran mangsa menunjukkan dua suspek keluar dari rumah berkenaan sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal sekitar jam 3 petang Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!