Kemaraan dramatik Aaron-Wooi Yik
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diberikan tentangan hebat sebelum berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Isnin.
Pada aksi di Gimnasium Binjiang itu, Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan ke atas gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-23 21-12 23-21.
Pasangan negara yang berada di ranking kelima dunia itu terpaksa akur tewas set pertama 23-21 kepada Ching Yao-Po Han, namun bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-12 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Gandingan Taiwan yang berada di ranking ke-14 dunia itu sekali lagi menampilkan cabaran sengit kepada Aaron-Wooi Yik sebelum tunduk 23-21.
Dalam pada itu, harapan untuk melihat satu lagi beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pusingan seterusnya tidak kesampaian selepas tewas kepada juara Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin 16-21, 19-21.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!