Apache juara Divisyen Senior kejohanan SJCYFL

Antara aksi dipamerkan para pemain dalam kejohanan Liga Bola Sepak Remaja Komuniti Subang Jaya (SJCYFL).
Antara aksi dipamerkan para pemain dalam kejohanan Liga Bola Sepak Remaja Komuniti Subang Jaya (SJCYFL).
A
A
A

PASUKAN Apache muncul juara bagi kategori Divisyen Premier/Senior bawah 14 tahun (B-14) kejohanan Liga Bola Sepak Remaja Komuniti Subang Jaya (SJCYFL) yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya pada Ahad.

Mereka menewaskan pasukan Gladiators pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan tamat masa sebenar perlawanan.

Untuk aksi Divisyen Major (B-10) pula, pasukan Vikings berjaya menundukkan Spartans dalam aksi 1-0 dalam aksi final untuk merangkul kejuaraan.

Pasukan Samurai pula nyata terlalu unggul untuk merangkul kejuaraan bagi Divisyen Junior (B-8) apabila menewaskan Vikings 2-0 pada perlawanan akhir.

SJCYFL merupakan liga yang telah ditubuhkan sejak 2001 dan diusahakan oleh ibu bapa secara sukarela bukan sahaja untuk menggalakan kanak-kanak bersukan tetapi juga mengeratkan perpaduan antara kaum.

Format pertandingan tersebut dimulakan dengan saingan liga bermula pada Julai lalu sebelum ditutup dengan pemburuan trofi kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu.

Untuk saingan liga, Divisyen Premier/Senior dimenangi pasukan Aztecs, Divisyen Major pula dimenangai pasukan Aztecs dan Divisyen Junior diungguli Samurai.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!