Pasukan terkuat hadapi Pestabola Merdeka

Pan-gon menyasarkan untuk mara ke final menjulang trofi Pestabola Merdeka.
Pan-gon menyasarkan untuk mara ke final menjulang trofi Pestabola Merdeka.
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyenaraikan pemain terbaik yang dimiliki negara untuk kem latihan pusat bermula Jumaat ini bagi menghadapi saingan Pestabola Merdeka.

Pengendali dari Korea Selatan itu memanggil kembali tiga pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta seorang pemain baharu iaitu penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.

Pan-gon berkata, pemilihan pemain itu berdasarkan perancangan strategi dan salah satu persiapan skuad negara menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan dan Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.

Mengulas mengenai keputusan memanggil Suhaimi, Pan-gon menyifatkan penjaga gol berusia 29 tahun itu menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Malaysia.

"Kami melakukan beberapa perubahan berbanding panggilan kem terakhir kerana ada pemain yang menyertai Kelayakan Piala Asia B-23.

Selepas berakhir kejohanan itu, mereka kembali menyertai pasukan kebangsaan.

Nooa adalah salah seorang (daripada senarai itu).

"Suhaimi pula menunjukkan persembahan terbaik dan kami mahu melihat bagaimana dia dapat bersama dalam pasukan kebangsaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Skuad Harimau Malaya akan beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada 13 Oktober dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada 17 oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, Pan-gon meletakkan sasaran untuk mara ke final dan menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan itu dianjurkan 10 tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!