Dota 2 sumbang pingat gangsa

Pasukan negara yang beraksi dalam Dota 2 memenangi gangsa.
Pasukan negara yang beraksi dalam Dota 2 memenangi gangsa.
A
A
A

PASUKAN e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou pada Isnin.

Pasukan Dota 2 negara yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Tue Soon Chuan, Yap Jian Wei dan Ng Wei Poong menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perebutan pingat gangsa di China Hangzhou Esports Centre.

Ia sekali gus menjadi pingat gangsa ke-14 buat kontinjen negara setakat ini.

Ia merupakan pingat kedua untuk Malaysia dalam sukan e-sport di Hangzhou apabila sebelum ini tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan akhir acara Arena of Valor untuk memenangi pingat perak.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!