Tip langsing sempena lebaran
MENGIDAM kurus di pagi Aidilfitri? Apa kata anda cuba 8 tip yang disenaraikan agar impian anda menjadi kenyataan. Apa yang penting keinginan dan usaha perlu ada. Jangan mudah mengalah. Jom ikuti tip seperti berikut:
1) Jangan tinggalkan sahur
Bangun sahur walaupun makan sebiji kurma. Jangan sebab nak kurus dan diet sahur dilupakan. Sahur juga sunnah Nabi.
2) Tinggalkan minuman manis
Elakkan minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Sebaliknya minum air masak banyak-banyak.
3) Makan makanan yang rendah kalori waktu sahur
Pilih makanan yang rendah kalori, garam dan tidak berlemak. Elakkan ikan masin, telur masin, sardin, mi segera dan sebagainya!
4) Pengambilan makanan segenggam
Anda mahu nikmati nasi, bihun, mi atau kuetiaw semasa sahur, dipersilakan. Namun, pastikan ia hanya segenggam penumbuk anda.
Bagi menjimatkan lagi kalori, ambil karbo kompleks lain seperti roti wholemeal atau oat.
5) Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja
Kedengarannya agak susah mahu buat tetapi anda boleh lihat kesannya pada perut. Belajar minum air kosong banyak-banyak.
6) Kuantiti makanan semasa berbuka
Tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur, namun, pastikan makanan yang akan dinikmati itu berkualiti.
7) Makan lauk pauk yang direbus atau bakar
Elakkan makanan bersantan dan berminyak. Sebaiknya, nikmatilah hidangan yang direbus dan dibakar untuk percepatkan penurunan berat badan anda.
8) Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan adalah menu yang tinggi serat. Dengan pengambilannya, membuatkan anda cepat kenyang dan kembali bertenaga.
Apalagi jika anda mahu kurus, sahutlah cabaran ini! Selamat mencuba ya!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!