Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas COMEX AS. - Foto 123RF
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas COMEX AS. - Foto 123RF
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2023 susut kepada AS$1,842.40 setiap auns troy daripada AS$1,883.80 setiap auns troy pada Jumaat lepas, November 2023 merosot kepada AS$1,849.90 setiap auns troy daripada AS$1,891.80 setiap auns troy dan Disember 2023 turun kepada AS$1,857.90 setiap auns troy daripada AS$1,891.80 setiap auns troy.

Kontrak Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada AS$1,857.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 33 lot daripada 68 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 139 kontrak daripada 143 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,870.50 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 29 September. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!