Annuar sindir pemimpin Umno keluar parti

 Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa secara sinis menyifatkan tindakan pimpinan-pimpinan parti yang keluar parti sebagai tiada jati diri atau kebulur dedak.

Beliau berkata, mereka yang keluar parti itu sepatutnya terus berjuang demi survival Umno bukannya sibuk menyokong Perdana Menteri daripada parti lawan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kenapa tidak kita terus berjuang atas keyakinan parti sendiri?Kenapa sibuk berpuak- puak nak sokong Perdana Menteri parti orang?

"Tiada jati diri atau kebuluran dedak? Soalnya sinis.

Ahli Parlimen Ketereh itu menyifatkan tindakan rakan-rakannya yang sanggup keluar parti kerana menginginkan kesenangan sebagai pemimpin parti kerajaan seperti sebelum ini.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!