Pihak sorok beras bakal berdepan tindakan undang-undang - PM

Anwar berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini. Foto Bernama
Anwar berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini. Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menyembunyikan stok beras akan diheret ke muka pengadilan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, badan penguatkuasaan telah diarahkan mengambil tindakan terhadap pihak terlibat.

"Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguat kuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah.

"Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung," katanya dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani PRK DUN Pelangai di Simpang Pelangai di sini pada Isnin.

Sebelum itu, ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda, di Felda Chemomoi, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga beras putih tempatan (BPT) di negara meskipun berlaku trend peningkatan harga beras di negara-negara jiran susulan isu kekurangan bekalan beras putih import (BPI).

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, subsidi tambahan sebanyak RM400 juta disalurkan kerajaan agar semua premis kerajaan termasuk hospital menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan bekalan beras tempatan di pasaran.

Dalam pada itu, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Fama dikerahkan membantu pengedaran beras serta-merta sekiranya berlaku masalah penghantaran bekalan.

"Makanya kita cuba. Adakah kita yakin selesai 100 peratus? Tidak kerana masalah berat. Jadi saya kata bagi masa seminggu untuk tengok keadaan.

Artikel Berkaitan:

"Kalau tidak selesai lagi, kita bincang tindakan sebelum Bajet pada 13 haribulan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!