NASA siar gambar bulan 'ravioli' mengorbit Zuhal

NASA menyiarkan gambar bulan Pan yang berbentuk seperti ravioli yang mengorbit planet Zuhal. - Agensi
NASA menyiarkan gambar bulan Pan yang berbentuk seperti ravioli yang mengorbit planet Zuhal. - Agensi
A
A
A

HOUSTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan gambar salah satu bulan yang mengorbit planet Zuhal.

Menurut NASA, bulan Pan yang tidak pernah dilihat sebelum ini berbentuk seperti pasta tradisional Itali dikenali sebagai 'ravioli'.

Gambar Pan diambil dari kapal angkasa Cassini yang menampilkan bentuk unik dalam tahap pencarian terbaharu.

"Apa yang anda nampak?

Ravioli, pierogi dan empanada?

Tiada jawapan yang salah," tulis NASA di akaun Instagramnya disertai gambar Pan, bulan yang paling jauh ke dalam yang mengorbit Zuhal.

Pan pada asalnya ditemui oleh MR Showalter menggunakan imej yang diambil oleh kapal angkasa Voyager 2 sembilan tahun lalu.

Zuhal mempunyai 145 bulan yang kini diiktiraf oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa dan jumlah itu meningkat dengan ketara pada Mei lalu apabila 62 anak bulan baharu ditemui oleh pasukan saintis diketuai oleh Edward Ashton. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!