Selaraskan semua bentuk bantuan, elak pertindihan - PM

Anwar beramah mesra dengan sebahagian peserta AIM pada Kenduri Rakyat Sempena Ulang Tahun ke-36 AIM di pekarangan Agropolitan Chemomoi, Bentong pada malam Isnin. - Foto Bernama
Anwar beramah mesra dengan sebahagian peserta AIM pada Kenduri Rakyat Sempena Ulang Tahun ke-36 AIM di pekarangan Agropolitan Chemomoi, Bentong pada malam Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Semua bentuk bantuan kepada golongan miskin tegar di negara ini akan diselaraskan bagi mengelakkan sebarang pertindihan melibatkan penerima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut melibatkan beberapa agensi serta program bantuan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), institusi zakat dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

"Saya nak pastikan AIM, institusi zakat dan IPR, MySejahtera itu dapat diselaraskan supaya kita tahu berapa jumlah sebenarnya (yang diberi kepada penerima) dan agar orang perolehi bantuan tidak bertindih.

"Jadi saya ucapkan terima kasih, bangga kepada AIM terutamanya dengan peringkat terakhir ini di mana pengurusan diperbaiki, kelemahan dikenal pasti kerana tidak mungkin saya bertolak ansur sama ada di peringkat atas, tengah atau di bawah, kita mesti betulkan tata kelola... jangan khianati amanah," tambah beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Ke-36 Tahun Bersama Sahabat Usahawan AIM dan penduduk Kampung di Agropolitan Chemomoi di sini pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Pemegang AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid.

Dalam pada itu, Anwar juga menyifatkan Wan Rosdy selaku Menteri Besar Pahang paling prihatin dengan nasib warga Felda.

"Orang boleh datang bercakap berdegar-degar banding Pahang dengan negeri lain, mana ada negeri yang ada Felda lain yang bangunkan rumah generasi kedua.

Artikel Berkaitan:

"Pahang nombor satu, kedua Selangor, ketiga Johor, nombor empat tak tahu ada atau tidak. Jadi kita kena ingat supaya kerajaan negeri bawah pimpinan Wan Rosdy kuat, stabil.

"Saya akan bantu AIM, dia (Wan Rosdy) akan bantu Felda dan generasi kedua dari segi perumahan dengan sokongan tambahan kerajaan Persekutuan," tambah Anwar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!