Atasi ketirisan di selatan Thailand

 Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengguna Facebook, Adli Nordi berkata, untuk menyelesaikan masalah minyak masak bersubsidi yang sering tidak mencukupi, kerajaan diminta menyelesaikan dahulu isu minyak peket bersubsidi yang boleh didapati di selatan Thai.

Selain itu, pelaksanaan ID khas pula harus betul-betul dikuatkuasakan supaya tiada seorang pun golongan B40 dan M40 yang tercicir.

“Janganlah bila dah ada ID khas, tapi warga asing selamba beli minyak masak peket. Rakyat kena tunjuk ID, tapi warga asing pula boleh dapat bila-bila.

“Rakyat kena bersatu juga, jika nampak kedai jual pada warga asing, lapor pada KPDN. Kementerian kena letakkan kompaun tinggi pada kedai yang berbuat demikian,” ujarnya.

Julai tahun lalu, siasatan wartawan Sinar Harian di kedai-kedai di sekitar pekan Golok dan Padang Besar, Thailand mendapati minyak masak peket Malaysia dijual serendah 50 baht (RM6).

Penduduk tempatan yang ditemui mengakui mereka sudah lebih 30 tahun menggunakan minyak masak subsidi dari Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!