Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan

Nor Sarah - Foto Astro
Nor Sarah - Foto Astro
A
A
A

ATLET lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi, sugul berikutan galah barunya tidak mendatangkan tuah buatnya.

Impian untuk menyerlah dalam penampilan sulungnya dalam Sukan Asia Hangzhou semalam lebur apabila menamatkan saingan tanpa sebarang catatan berikutan tidak melepasi had ketinggian pertama, 3.80m.

"Galah baru ini lebih panjang dan saya memerlukan tiga bulan untuk serasi tetapi hari ini barulah saya dapat menggunakannya.

"Jadi saya bertekad untuk menggunakannya hari ini.

"Selepas ini akan berusaha untuk serasi dan buat rekod baru kebangsaan dalam masa terdekat," kata juara Sukan SEA Kemboja itu. - Astro Arena

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!