Badi kemarau gol Chelsea berakhir

Mudryk meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. - Foto AFP
Mudryk meraikan jaringannya ketika menentang Fulham. - Foto AFP
A
A
A

CHELSEA akhirnya menamatkan kemarau jaringan apabila berjaya menewaskan Fulham 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage pada awal pagi Selasa.

Mykhailo Mudryk menjaringkan gol pertamanya untuk The Blues manakala Armando Broja juga turut mencetak nama selaku penjaring selepas kembali pulih daripada kecederaan.

Sebelum ini, Chelsea gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir liga menentang Nottingham Forest, Bournemouth dan Aston Villa.

“Ia satu perasaan yang sukar dipercayai. Kami beraksi sebagai satu pasukan. Ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata...

"Adalah penting bagi kami untuk terus maju sebagai satu pasukan,” kata Broja.

Keputusan itu melonjakkan Chelsea ke tangga ke-11 liga dengan lapan mata manakala Fulham pula berada di tangga ke-13.

“Persembahan pemain yang hebat, terlalu banyak perkara yang baik, perkara yang sangat positif. Kami perlu terus bekerja dan percaya dengan kemampuan pasukan.

“Kepercayaan itu ada... dan pasukan hari ini akhirnya mendapat apa yang kami mahukan.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini segalanya mengenai bekerja keras serta mencari keputusan yang lebih baik,” kata pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!