Hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri mulai esok
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka mulai esok hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.
Menurut MetMalaysia negeri itu ialah Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Pahang (Bentong dan Rompin); dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh);
Ribut petir juga dijangka di Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Mersing dan Kota Tinggi); dan Sabah (Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!