Aliff tetap ayah kepada anak kami: Bella Astillah

No Image Caption
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi Aliff Aziz memberitahu penceraian bukanlah satu perkara yang mudah, justeru dia memerlukan masa dan ruang untuk berfikir.

Percaya setiap apa yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya, wanita berusia 23 tahun ini berkata, buat masa ini dia masih lagi bergelar isteri, namun mengambil keputusan untuk tinggal berasingan.

"Memang ramai yang tanya, Bella dah cerai ke? Amboi soalan. Ia bukan perkara yang mudah kerana ia akan beri kesan kepada semua orang.

"Kami perlukan ruang dan masa untuk fikir. Lain orang lain cara.

"Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa ALLAH SWT. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbaik.

"Malah apa pun yang terjadi sama ada kami berpisah atau tidak, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Aliff tetap ayah kepada anak kami.

"Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik bukan mudah dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya.

Artikel Berkaitan:

Bella Astillah
Bella Astillah

"Mereka menjadi sumber kekuatan saya," ujarnya kepada Media Hiburan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Aliff beberapa kali terpalit kontroversi curang bermula pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah.

Bukan itu sahaja, ketika berhadapan untuk mendapatkan penjelasan suaminya itu, Bella telah dikasari biarpun berada dalam tempoh berpantang.

Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.

Terbaharu, tersebar gambar Aliff tidak berbaju dengan seorang remaja berusia 16 tahun di media sosial.

SUMBER: MEDIA HIBURAN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!