MBA: Biodiesel sawit terus berdepan sekatan

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Persidangan Biodiesel Sawit Keempat di Putrajaya pada Selasa yang turut disaksikan Unnithan (kanan). - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Persidangan Biodiesel Sawit Keempat di Putrajaya pada Selasa yang turut disaksikan Unnithan (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

BIODIESEL sawit terus berdepan sekatan di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah (EU RED III) dan garis panduan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS, kata Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) pada Selasa.

Presiden MBA, UR Unnithan berkata, garis panduan RED III dan EPA AS masih memberi tumpuan kepada bahan api biodiesel berbanding biodiesel sumber lain dan ia sumber pengeluaran yang tidak mampan.

"Ini adalah tidak adil dan saya ingin menggunakan platform ini untuk menggesa kita semua, termasuk kerajaan Malaysia dan juga mereka di seluruh dunia, bagi membina konsensus global walaupun wujudnya masalah yang jelas, tetapi tiada sesiapa yang mahu membincangkan, iaitu perubahan kegunaan tanah secara tidak langsung (ILUC). ILUC adalah salah satu sebab minyak sawit telah disisihkan dan diharamkan untuk dieksport.

"Sehubungan itu, saya menggesa kita semua untuk bekerja dalam konsensus global dan menggunakan metrik untuk membuktikan bahawa kita tidak menyebabkan penebangan hutan dan benar-benar menggunakan sumber yang mampan,” katanya berucap di Persidangan Biodiesel Sawit Keempat di sini pada Selasa.

Bertemakan "Mengimbangi Pengecualian Karbon, Sekuriti Tenaga dan Impak Sosial”, persidangan yang dihoskan MBA pada 2-4 Oktober telah menarik lebih daripada 100 perwakilan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!