Isu Zii Jia, media selesai - CDM

Zii Jia - Foto Bernama
Zii Jia - Foto Bernama
A
A
A

ISU membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik.

Ketua Kontinjen negara (CDM), Datuk Chong Kim Fatt dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu, pihak terlibat telah mencapai persefahaman dalam satu mesyuarat tertutup diadakan bagi menyelesaikan salah faham yang timbul dalam insiden di zon media acara badminton.

"Sebagai CDM, saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan tertutup antara Lee Zii Yii yang juga pengurus kepada Zii Jia dan wakil media berhubung isu berkaitan insiden di Gimnasium Binjiang yang telah mencetuskan salah faham.

"Kedua-dua pihak telah bertenang dan mahu melupakan insiden berkenaan demi kebaikan kontinjen Malaysia," katanya.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Zii Jia menghentikan sesi temu bual secara mengejut selepas berdepan kekalahan menentang Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki Khamis lepas.

Korea Selatan mengetepikan Malaysia 3-1 pada saingan peringkat 16 terbaik dalam acara badminton berpasukan lelaki, dan memenangi pingat gangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!