PM Anwar sahkan tiada rombakan kabinet
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada Rabu.
Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.
"Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) kabinet esok dan tiada kaitan dengan rombakan jemaah menteri.
"Lepas (mesyuarat mingguan kabinet) esok saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi," katanya.
Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan memantau perkembangan jerebu dengan teliti setiap hari.
"Laporan penuh berkaitan jerebu ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat minggu kabinet esok," ujar beliau.
Malah, katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia bagi membincangkan masalah jerebu yang didakwa berpunca dari negara jiran itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!