Hanya Cheras, Nilai masih catat IPU tidak sihat setakat 6 petang
KUALA LUMPUR - Hanya dua kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini berbanding tujuh, pada 10 pagi tadi.
Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Nilai di Negeri Sembilan dan Cheras di ibu negara kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU masing-masing 154.
Sebanyak 62 kawasan lain pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan empat lagi dalam kategori baik.
Bacaan IPU di bawah 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!