PRK: BN punyai kelebihan pengundi bukan Melayu

Mujibu
Mujibu
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk terus menjadi pilihan pengundi pada Pilhan Raya Kecil (DUN) Pelangai 7 Oktober ini.

Penganalisis Politik, Mujibu Abdul Muis berkata, ia bersandarkan fakta seperti apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan sentimen semasa yang berlaku ketika ini.

“Tetapi pada ketika ini kelebihan masih BN berdasarkan satu fakta, pengundi bukan Melayu yang kalau mampu untuk mengekalkan kepada PH itu barangkali akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

“Tapi kita juga tidak boleh menidakkan persepsi, memandangkan persepsi yang ada pada hari ini tidak berlaku pada PRK di Pulai dan Simpang Jeram.

“Isu-isu terkait dengan pembangunan masih sinonim dengan warga Pelangai tapi pada masa yang sama kemampuan Perikatan Nasional (PN) menarik pengundi Melayu khususnya di kawasan Felda ini sangat signifikan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri -415 ‘Apa Khabar Pelangai? yang dihoskan oleh Ismail Adnan yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Antara panel yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Armada Bersatu, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim.

Jelasnya, mana-mana parti yang mempunyai kekuatan akar umbi yang seimbang mampu untuk menarik pengundi yang ada pada PRU15 lalu dan kalau ada perubahan undi di antara kedua-dua (BN dan PN) atas faktor apa sekalipun barangkali akan memberi kelebihan

Artikel Berkaitan:

“Walau bagaimanapun apa yang berlaku Pelangai pada 7 Oktober ini harus dihormati kerana suara dan siapa yang dipilih menjadi wakil rakyat dan apa juga yang didambakan oleh rakyat sebagai wakil di kawasan itu harus ditunaikan tanpa prejudis.

Mujibu berkata, Kerajaan Perpaduan di Pahang masih sukar dicabar PN iaitu undi bukan Melayu meskipun PN berjaya menawan tujuh kawasan Felda di negeri itu ini kerana kekuatan undi bukan Melayu yang ada pada PH ketika ini berpihak pada BN.

“Kalau kita ambil 4,000 majoriti yang dimenangi oleh arwah bekas ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Johari Harun, tambah 2,000 yang mengundi PH pada PRU15 di situ ada ‘vote bank’ yang cukup besar yang kalau kedua-dua parti ini jika cakap soal Pelangai dan Bentong yang dikuasai oleh BN dan PH, vote bank itu ianya cukup memberi gambaran status quo di Pelangai tinggi.

“Tapi kalau berlaku 'transfer vote' andai kata ada perpecahan undi Melayu di antara BN dan PN terutama undi Pas itu sendiri kerana kalau kita mengandaikan bahawa kekuatan akar umbi Pas di Pelangai berbanding Bersatu di Simpang Jeram dan Pulai, maka kekuatan ini akan bergantung pada sejauh mana pengundi bukan Melayu keluar mengundi dan kalau mereka mengundi PH memberi kelebihan kepada UMNO dan BN,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!