Pacu atlet negara ke pentas dunia

Mohamad Norza
Mohamad Norza
A
A
A

BARISAN atlet negara perlu mempunyai pelan komprehensif untuk memacu kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi, sekali gus menjadi jaguh berkelas dunia.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pelan tindakan efektif itu termasuklah menghantar lebih ramai atlet untuk berpangkalan di luar negara pada masa depan.

Ia susulan kejayaan dua atlet olahraga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy berjaya meraih pingat dalam penampilan sulung mereka pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

“Sebaiknya atlet yang layak perlu ke luar negara. Kerajaan perlu cari dana yang bersesuaian sama ada daripada kerajaan sendiri atau sektor swasta untuk mencapai impian mereka menjadi atlet berkelas dunia,” katanya.

Shereen dan Azeem menyumbang pingat gangsa, masing-masing dalam acara 400 meter (m) serta 100m yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou pada Sabtu lalu.

Mohamad Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, Malaysia perlu menukar pendekatan untuk memajukan sukan berprestasi tinggi dan bukan hanya tertumpu kepada sukan tradisi.

Malah, tambah beliau, setiap atlet perlu dibantu dengan penyusunan perancangan yang teliti dan menyeluruh dalam perjalanan mereka dari satu sukan ke temasya yang lebih besar.

“Kita harus melihat semula bagaimana untuk menukar pendekatan terhadap sukan berprestasi tinggi yang tidak berlandaskan kepada hanya sukan-sukan tradisi. Ia perlu libatkan banyak sukan yang berlandaskan pencapaian mereka.

Artikel Berkaitan:

“Jika pencapaian mereka baik, kita harus hargai mereka dengan perancangan rapi untuk buat blueprint bagi mencapai road map kita.

“Bagaimana mereka nak capai pingat pada Sukan SEA, Sukan Asia dan seterusnya Olimpik? Jika mereka mempunyai blueprint, kita harus ketengahkan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara) serta MOM untuk kita lihat dan bantu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!