Kevin McCarthy disingkir sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS

Kevin McCarthy disingkirkan daripada kerusi Speaker Dewan Perwakilan AS selepas usul undian dijalankan dalam kalangan ahli Parlimen. - Foto Reuters
Kevin McCarthy disingkirkan daripada kerusi Speaker Dewan Perwakilan AS selepas usul undian dijalankan dalam kalangan ahli Parlimen. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Kevin McCarthy disingkirkan daripada kerusi Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) selepas usul undian dijalankan dalam kalangan ahli Parlimen.

Sejumlah 216 mengundi menyokong beliau disingkirkan, berbanding 210 yang menentang.

McCarthy merupakan Speaker pertama disingkirkan menerusi usul yang dikemukakan perwakilan.

Usul untuk mengosongkan kerusi berkenaan dibuat Matt Gaetz, perwakilan dari Florida.

Ia susulan pertikaian beberapa bulan melibatkan McCarthy dan rakan dalam partinya.

Republikan menguasai Dewan Perwakilan dengan 221 kerusi berbanding 212 kerusi oleh Demokrat.

Ini bermakna sejumlah lapan wakil Republikan mengundi menyingkirkan McCarthy bersama 208 wakil Demokrat.

Bagaimanapun tiada pengganti Speaker dinamakan setakat ini. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!