Malaysia seru negara pengeksport beras dalam ASEAN utamakan anggota

Foong Hin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN ke-45 (AMAF) 2023 di sebuah hotel pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
Foong Hin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN ke-45 (AMAF) 2023 di sebuah hotel pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menyeru negara pengeksport utama beras dalam ASEAN dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam sesi bilateral dengan wakil negara terlibat.

“Mungkin di sesi bilateral kita akan bangkitkan isu ini seperti kita nak mengeratkan lagi hubungan antara dua negara.

“Dia bukan secara umumnya kerana bukan semua negara ASEAN ada beras, (jadi perbincangan akan dibuat dengan) Thailand atau Vietnam,” katanya kepada selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN ke-45 (AMAF) 2023 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai Ops Beras Putih yang dilancarkan, beliau berkata, mesyuarat yang pertama untuk finalise taskforce ini untuk operasi bersepadu beras putih tempatan baru dilaksanakan kelmarin.

“Operasi ini akan dimulakan pada bila-bila masa secara mengejut dan rahsia bagi memastikan ianya mencapai objektif,” katanya.

Sementara itu, berkenaan dengan rungutan petani yang mendakwa harga padi menurun, beliau berkata, isu beras akan dibawa dalam mesyuarat kabinet yang dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Terdahulu di dalam ucapannya Foong Hin berkata, pelan strategik kerjasama ASEAN dalam Makanan, Pertanian dan Perhutanan bagi tempoh 2016 hingga 2025 menggariskan visi dan objektif dengan mengambil kira konteks global dan serantau yang dipengaruhi oleh pertumbuhan pesat ekonomi, integrasi serantau, globalisasi dan cabaran perubahan iklim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!