Tiada caj turap jalan kepada pemilik rumah - MBPJ

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menasihatkan orang ramai tidak memberikan sebarang bayaran khususnya bagi rumah yang terlibat dengan kerja-kerja turapan jalan oleh kontraktor dilantik.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, satu notis pemakluman akan dikeluarkan oleh MBPJ untuk diedarkan kepada semua penduduk terlibat.

Menurutnya, di dalam notis penurapan jalan itu ada menjelaskan tiada caj dikenakan terhadap pengguna pada Perkara 3 (3.1).

"Dengan itu, adalah dinasihatkan orang awam supaya tidak memberi sebarang bayaran kepada sesiapa pun yang mengambil kesempatan ini untuk menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah (house entrance) di hadapan rumah kediaman tuan/puan.

"Untuk makluman jalan masuk ke rumah (house entrance) akan diturap secara percuma oleh majlis," katanya menerusi kenyataan.

Penjelasan itu susulan MBPJ menerima aduan daripada penduduk berkaitan isu pihak kontraktor mengenakan caj bayaran untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk rumah, namun pihaknya mengesahkan insiden tersebut melibatkan kontraktor luar dan bukan lantikan MBPJ.

“Sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ untuk meminta sebarang bayaran terhadap kerja-kerja penurapan tersebut, MBPJ menasihatkan agar penduduk/pemilik rumah untuk membuat laporan polis serta memaklumkan perkara ini kepada unit aduan MBPJ di talian hotline MBPJ 03-7954 2020 atau emelkan kepada aduan@mbpj.gov.my untuk tindakan selanjutnya, " ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!