Neymar ledak gol sulung bersama Al-Hilal

Neymar - Foto AFP
Neymar - Foto AFP
A
A
A

BINTANG sensasi, Neymar meledak gol sulung ketika membantu Al-Hilal menewaskan wakil Iran, Nassaji Mazandaran 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di Tehran awal pagi Rabu.

Akaun jaringan tersebut terhasil selepas penyerang antarabangsa Brazil itu melalui lima perlawanan bersama kelab Arab Saudi berkenaan.

Dalam aksi itu, bekas penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic membuka jaringan pada minit ke-18.

Neymar yang menyertai Al-Hilal dari Paris Saint-Germain pada Ogos lalu kemudian menyumbat gol kedua kelabnya dalam aksi yang berlangsung di Stadium Azadi, Tehran.

Pemain gantian, Saleh Al Shehri melengkapkan kemenangan 3-0 Al-Hilal apabila menyumbat gol pada masa kecederaan.

Al-Hilal yang merupakan juara empat kali dan naib juara tahun edisi lalu ketika ini mendahului Kumpulan D hasil kemenangan tersebut.

Dalam aksi itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas kapten Al-Hilal, Salman Al Faraj dan pemain tuan rumah, Amir Houshmand dibuang padang tujuh minit sebelum rehat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!